Halaman

Rabu, 22 Disember 2010

Home » Petua Orang Tua

Petua Orang Tua

Petua Carian : Bagi Memudahkan Carian Anda, Tekan Ctrl + F & Type Carian Anda.

BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu,
campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam
sehingga masalah itu tiada lagi.

LEMAH RASA BADAN
Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam.
Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya
itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu.
Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.

KELEMUMUR
  • Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan
    santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala
    dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda
    akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
  • Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini
    dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas
    anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa
    berbau harum.
  • Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan
    kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu
    habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan
    air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan
    rambut akan kembali hilang.
MELICINKAN BETIS
Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan
pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih
sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan
air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.

DEMAM SELSEMA
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa,
dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan
air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda
kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.

RAWAT TUMIT RETAK
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong
pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik
tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.

KUDIS API
Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk
sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu
pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang.
Cubalah untuk memastikan kejayaannya.

ELAKKAN TANGAN MELEPUH
Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul,
hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu,
lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi.
InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.

GIGI LEBIH KUAT
Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu
campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap
hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.

MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA
Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan
dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan
rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.

TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT
Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar
ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena
getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa
sakit atau kesan di kepala anda..

TERSELIUH DAN LEBAM
Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus
sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal
lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya
pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam
daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia
diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan
lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.

UBAT SEMPUT
Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati
hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan
kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang
kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan
mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi
kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan
sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu
mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.

BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL
Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam
bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada
kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali.
Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..

DEMAM KUNING
Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian
anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di
samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda
awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi
itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia
suam terlebih dahulu..

MENAMBAH AIR SUSU
Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi
menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan
dilahirkan..

SAKIT KEPALA
Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah
sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke
kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..

SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR
Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga
setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil
ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa
minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah
diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau
tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang
bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya..

URAT BETIS TIMBUL
Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis
semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang
hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai
kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat
dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur malam.
Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh
menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.

DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai
dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan
dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis
keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman,
ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah.
Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan
sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan
hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

RUAM PANAS
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah
dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen
mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru
dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam
panas di badannya..

LELAH
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan
ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar
ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini
dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata
kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis
dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya.
Insya Allah..

MUNTAH
Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada
peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk
halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.

HILANGKAN RUAM
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu.
Kemudia saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan
pada setiap kali mandi.

KURAP SUSU
Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah
untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak
sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. Insya
Allah kurap itu akan hilang. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang
jenis ruam).

MENJARANGKAN KELAHIRAN
Ambil segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu
jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada
ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang.
Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali
sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga
berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh
sendi.

SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR
Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan
anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan
terlelap tidur.

LEBAT & CANTIKAN RAMBUT
Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut
adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan
meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang
pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang
amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah
dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

BATUK
Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua
bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran
setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah
pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam
berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.

RAMBUT JARANG
Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda.
Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda
bertambah lebat.

HILANGKAN JERAWAT
Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga
bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah
ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus
menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.

TAWARKAN IKAN MASIN
Sebelum anda memasak atau menggoreng ikan masih ini,
terlebih dahulu hendaklah direndamkan dalam air selama lebih kurang 10
minit. Setelah itu boleh dimasak mengikut citarasa anda.

TAWARKAN BISA KALA JENGKING
Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan
dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu.
Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa
kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan.
Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.

PENYAKIT KULIT PADA BAYI
  1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit)
    mesti dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau
    mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang
    melekat pada pakaian.
  2. Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah
    cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi.
  3. Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30
    minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam
    air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan
    menghaluskan kulit bayi.
  4. Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun
    mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.
  5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi
    sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air
    mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati di farmasi.
  6. Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat
    sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor..
LUKA
Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan
basuh hingga bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih.
Layurkan daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu
ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun jambu
batu ini pada luka tersebut.

SAKIT PERUT
Ambikan dua genggam buah enai, sedikit gula dan satu
gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus
hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari.
Anda akan mendapat manfaatnya.

JERAWAT 2
Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu
kemudian bilas pula dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan
air bersih. Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari
jerawat.

SAWAN DI KEPALA
Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami
kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil
tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan
ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam,
mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali
memandikan si bayi.

SAKIT GIGI
Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam
keping asam keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga
menjadi dua cawan . Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.

KUKU BERNANAH
Bersihkanlah terlebih dajulu kuku tersebut dengan air
panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu
cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali
selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya..

JERAWAT 3
Amalkan menyapu minyak sapi seluruh muka setiap hari.
Walaupun baunya kurang menyenangkan tetapi anda akan berpuas hati dengan
hasilnya di mana muka anda akan licin dan berseri. Insya Allah.

BADAN WANITA BERBAU
Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh
diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya
bau badan akan hilang.

KULIT MUKA KERING
Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka
akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas suam.
Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada
kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya
meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air
panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.

BATUK BERPANJANGAN
Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu
campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Selamat mencuba,
semoga batuk anda segera sembuh.

MATA MERAH DAN GATAL
Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua
gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring
lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan
pulih seperti sediakala.

BERAK BERDARAH
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu
dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal
satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah
penyakit anda akan sembuh.


PETUA 2
Mencuci Sayuran yang kotor
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci
sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang
dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang
dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita
mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan
menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini
yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir,
terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja,
mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan
sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi
sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya.
Kemudian anda masuklah garam dan cuka.
Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya
anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat,
kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan
memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.

Mengekalkan warna sayur hijau
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi,
bayam dan lain-lain.

Menghilangkan bau di dalam peti sejuk
Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di
dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat
mencuba

Tangan Pijar kerana cili
Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika
terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi
jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan
menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan
pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan
terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci
dengan sabun dan air bersih.

Menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging
Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung
gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya Allah.
Selamat mencuba.

Mempercepatkan air mendidih
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat
pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit
minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan.
Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur,
ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih
masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang
dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa.
Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh
minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.

Daging mudah empuk
Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya
perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda....

Menghilangkan rasa masin dalam gulai
Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin.
Untuk menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil
hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat
kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang
berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.

Membersih kerang
Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan
daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan
kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.

Menghilangkan bau hamis di kuali
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau
hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak
menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata
setiap kali  habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.

Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan
dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu.
Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan
serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu
selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian,
rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah
hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam - 1 pain air).

Kulit telur lekang dengan mudah
Biasanya telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru)
begitu sukar hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak
mudah lekang. Jika dicuba juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan menjadi
rosak. Jika anda gemarkan kecantikan isinya, mungkin untuk hiasan dalam
masakan dimajlis tertentu cubalah amalkan petua dibawah ini.
Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan
sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak,
kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah
ditanggalkan.


Cara memasak air dengan cepat
Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan
lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama
air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat.

 
Ikan haruan tak hanyir
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan
selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.

Menghapuskan bena pada daun sayuran
Cara untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti
bayam, daun geti dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam sayuran
tadi kedalam air beras sebelum ia disiang.

Mengurangkan masin ikan kering
Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam
selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.

Elakkan semut dari gula
Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4
biji bunga cengkih kedalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan memberikan
keharuman kepada gula itu.

Meratakan garam untuk kerepek
Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau
bagaimanapun kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk
memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada
minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek. Cara ini bukan
sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi
terasa terkurang atau terlebih masin.

Membuat roti canai lembut
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang
lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini
puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan
elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.

Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10
minit sebelum dimasak. Biar seluruh hiriasan @ badan ikan tadi dibaluti
tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan
air asam jawa.

Menghilangkan kesan susu dalam botol
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang
tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau
puan-puan merebusnya didalam air panas, ini ada satu cara yang baik.

Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang . Ambil garam makan yang kasar 1
camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan
botol itu. InsyaAllah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau
dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.

Merangupkan acar mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam
sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air
gula dan cuka secukup rasa.
 
Getah tidak melekat
Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda
mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu.
Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah
dilarutkan dengan garam.(air garam). Masukkan pisang muda yang hendak
dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah
kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan
cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda.

Elak Jag Kaca Pecah
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda.
Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang
sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir
kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya
Allah. Selamat mencuba!

Supaya buah epal tidak berubah warna
Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau
kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeninghkan kepala anda ialah
kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan.
Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna
sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah
sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia
terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini
terendam seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti
tidak akan kecewa.

Menghilang bau hangit nasi

Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau
hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan
sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat
mencuba.

Supaya ayam cepat empuk
Bagi anda yang masak menggunakan ayam pekan ataupun ayam pasar mengikut
istilah orang-orang sekarang tentulah anda tidak menghadapi masalah ayam
yang keras dan tidak mudah dimakan. Tetapi bagi anda yang menggunakan ayam
kampung ataupun ayam yang anda pelihara sendiri, masalah ayam keras, liat
dan sukar dimakan memang menjadi masalah. Bagaimana pun dibawah ini
diperturunkan beberapa cara yang dirasakan sesuai untuk anda jadikan panduan
untuk  melembutkan daging ayam kampung tadi.

Caranya ambil daun pepaya secukupnya lalu bungkuslah ayam yang sudah disiang
dan dicuci tadi sambil diramas-ramas dan didiamkan beberapa ketika
sebaik-baiknya 15 minit. Setelah itu daun papaya tadi diambil dan dibuang
serta dibersihkan ayam itu. Setelah bersih barulah boleh dimasak mengikut
resepi yang anda rasakan sesuai. Biasanya ayam yang terkena getah betik atau
papaya tadi akan cepat lembut setelah dimasak. Selamat mencuba.

Peti Sejuk Tidak Berbau
1. Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar didalam bekas dan letakkan
di dalam peti sejuk. Insya Allah peti sejuk tidak akan berbau.
2. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan
di dalam peti sejuk juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Mengatasi masalah stokin longgar
Menghadapi masalah anak-anak yang bersekolah memang merunsingkan terutama
tentang pakaian mereka. Kerana kebanyakan anak-anak yang bersekolah khusus
yang masih kecik-kecil lagi tidak begitu pandai menguruskan diri sendiri
tanpa perhatian dari ibu sendiri.

Kerana itu menghadapi masalah stoking longgar memang menjadi masalah utama
yang terpaksa anda hadapi. Disini ada satu cara yang dirasakan sesuai untuk
anda ikuti iaitu dengan mengikut panduan yang kami berikan.

Caranya mudah iaitu terpulang kepada gaya anda memakainya. Semudah cara
ialah dengan melipatkan stoking yang longgar tadi hingga ke bahagian atas
buku lali. Lipat-kecil-kecil, cara begini bukan sahaja mudah tetapi juga
kelihatan cantiknya.

Tauge segar
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge
yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di
dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.

Empokan kacang hijau
Biasanya untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang
panjang. Bila saja kacang hijau di jerang, masukkan satu camca kecil minyak
masak dan satu camca kecil garam.

Elakkan terung menjadi hitam apabila sudah dipotong
Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah
apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung
itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air
dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun
boleh.

Atasi nasi mentah
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah
dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi
tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu
berwap.

Menghilangkan kotoran pada kulit kerang
Untuk menghilangkan kotoran pada kerang ambil beberapa batang serai kemudian
ditumbuk jangan sampai hancur kemudian di rendam bersama air yang sama cukup
dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan dalam 10 minit dan lepas itu
kulit kerang akan kelihatan cantik dan bersih. Selamat mencuba.

Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria
Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih.
Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30 minit.
Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang
rasa pahitnya.

Khasiat asam jawa
Adakah anda menghadapi masalah tangan dan hujung kuku berwarna hitam kerana
kerja-kerja dapur yang menyulitkan seperti mencuci periuk belanga disamping
masak-memasak. Jika anda ingin menghilangkan warna kehitam-hitaman itu
cubalah panduan ini dan anda pasti tidak akan merasa kecewa. Caranya ialah
ketika anda habis menggunakan asam jawa ketika memasak terutama ketika habis
menggaulkan ikan untuk menghilangkan bau hanyirnya anda ramas-ramaskanlah
hampas asam jawa tadi dengan tangan, terutama pada bahagian yang kotor. Jika
anda lakukan begini selalu pasti masalah anda yang kuku hitam dan memalukan
itu akan segera hilang. Asam jawa ini juga baik untuk digunakan untuk
mengatasi masalah tumit kaki yang sering pecah-pecah dan berwarna
kehitam-hitaman. Caranya ialah dengan membersihkan dahulu kaki anda sesudah
itu sapukan sedikit dengan asam jawa, lumiri sekelilingnya diamkan untuk
beberapa minit dan kemudian cucilah dengan air biasa. Lakukan sebelum tidur,
pasti masalah kaki hitam dan berpecah-pecah itu dapat segera diatasi.

Mengurangkan kemasinan ikan masin
Jika kita ingin menggoreng ikan masin yang terlebih garam supaya tidak
terlalu masin, terlebih dahulu rendam ikan masin tersebut ke dalam bekas
yang berisi air garam juga. Garam yang kita rendam itu akan menyerap semula
garam daripada ikan masin tersebut. Jikalau tidak percaya cubalah petua ini.
Selamat mencuba.

Menghilangkan bau busuk puting
Jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan masih lagi menyusu dengan
menggunakan botol dan puting, tentu anda sering menghadapi masalah puting
botol yang berbau. Walaupun anda telah cuba menghilangkan baunya yang masam
dan mual itu hingga tidak digemari oleh bayi, tetapi anda masih tidak
berjaya. Ada satu cara yang ringkas dan mudah dapat dijalankan untuk
mengatasi masalah ini.

Apa yang anda harus lakukan ialah dengan merendamkan puting botol tadi dalam
air panas kemudian bubuhlah garam masak secukupnya. Rendam beberapa minit
hingga kekotorannya hilang, hasilnya pasti puting botol tadi bersih dan
berbau harus.

Menghilangkan bau hanyir ikan atau daging
Ambil sedikit tepung jagung. Sapukan ke serata badan ikan atau daging.
Biarkan beberapa minit, basuh dan dimasak. Insya Allah, bau hanyir itu akan
hilang. Selamat mencuba.

Menyimpan tauhu supaya tahan lama
Tauhu tidak boleh disimpan terlalu lama walaupun disimpan baik-baik dalam
peti sejuk, kerana ia boleh bertukar menjadi masam. Tetapi ada satu cara
untuk mengatasinya.

Mula-mula anda ambillah tauhu tadi dan bersihkan, sudah itu tiriskan biar
kering. Masukkan dalam satu bekas dan rendamkan ia dengan air panas,
tunggulah sampai air tadi menjadi sejuk kembali. Sesudah itu barulah
keluarkan tauhu tadi dan direndam dalam air dan simpanlah. Anda tidak perlu
bimbang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk, ianya boleh tahan lama dan
tidak akan bertukar menjadi masam

Merangupkan timun acar
Ambil sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan
gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman
barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Salamat
mencuba.

Melembutkan cucur
Jika anda inginkan rasa cucur yang lembut apabila dimasak, bancuhlah adunan
tepung cucur dengan air suam. Kemudian barulah digoreng seperti biasa. Cucur
pasti lembut walaupun telah lama sejuk

Elak sayur keladi gatal apabila dimakan
Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di
dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor.
Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah
keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti.

Hilangkan bau dalam peti sejuk
Caranya mudah sahaja, ambil 2 hingga 3 potong kulit nanas dan masukkan
kedalam peti sejuk. InsyaAllah bau yang kurang menyenangkan dari peti ais
akan hilang dengan sendirinya. Selamat mencuba.

Melambatkan nasi menjadi basi
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang
terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita
tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit
garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan
untuk seharian.

Melancarkan laci almari yang tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat dan sukar dibuka dan ditutup, ambil
lilin dan gosokkan pada bahagian tepi bawah laci anda. Jika laci anda
menggunakan rel dibahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian tersebut.
Selepas itu pasang kembali laci anda dan lihatlah hasilnya. Laci lebih mudah
dibuka dan tidak akan tersekat lagi.

Menghilangkan arang di periuk
Setengah-setengan suri rumah ingin memasak masakan cara kampung dengan
menggunakan dapur arang atau dapur kayu. Namun Masalah yang timbul adalah
untuk mencuci kembali periuk yang digunakan agar seperti sediakala sukar
diatasi. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum periuk itu digunakan,
periuk tersebut hendaklah disalut dibahagian luarnya dengan sabun serbuk
dicampur tepung gandum dan sedikit air. Insya Allah masalah kesukaran
menanggalkan arang diperiuk tadi akan mudah diatasi.



Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak.
Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga
warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.



Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti
yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum
dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat
menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh.




Supaya Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam
bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.



Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan
ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas
tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan
campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum
memasakkannya...



Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau
nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko
itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu.



Taugeh tahan lama

Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan
sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.

Ayam goreng lebih sedap

Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas
bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada
ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.
Selamat mencuba....

Hilangkan rasa pijar pada tangan
Semasa memasak mengunakan cili (cili padi atau cili kering) tangan kita
akan terasa pedas/pijar. Untuk menghilangkannya, selepas memegang cili,
gosok sekeliling jari jemari dengan garam selama 1-2 minit. Selepas itu
basuh dengan air.



Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika.
Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Mengelakkan makanan melekat di kuali
Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee
goreng, ianyas selalu melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara
untuk mengelakkan ini berlaku, goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa
minyak sampai kuning kemudian barulah dimasukkan minyak dalam kuali. Selamat
mencuba

Untuk merangupkan cucur udang

Jika puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah
masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika
masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di
dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit.
 
Membuat sambal yang sedap
Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting
kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah
direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering
itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan
terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin bersama minyak
yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3
minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak
yang banyak dan masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat
sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan
wangi



Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih
itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika
menumis.



Mengempukkan daging
Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus
dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang
singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus
daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.

Merangupkan ayam goreng
Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak,
kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba



Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan
buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga
buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan
kandungan kolestrol dan bau hamis daging.



Mengelak daripada nasi mentah
Sekiranya nasi yang anda masak mentah, anda jangan padamkan api. Buka tudung
periuk dan tudung dengan plastik, kemudian baru tudung semula dengan tudung
periuk. Tunggu selama 5 minit, insya Allah nasi anda akan masak.

Mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi
Untuk mengelakkan nasi yang dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh
beras kali pertama hingga ke tiga dengan menggunakan tangan anda. Selepas
itu untuk kali ke empat bila anda masukkan air ke dalam beras itu anda tidak
perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan
mengukur anda perlu mengagak sahaja.


Untuk mempercepatkan kacang hijau yang direbus kembang
Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang untuk dijadikan bubur,
masukkan satu atau dua sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut
dan lihatlah hasilnya. Tak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.



Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke
dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi
masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.



Jika nasi hangit
Tugas memasak bukan sahaja dikhaskan untuk perempuan malah lelaki pun kadang
kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. Tetapi pada masa kini
biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya
cara lama juga digunakan. Jika kita memasak nasi dan secara tidak sedar nasi
yang kita masak itu hangit tentulah menyebabkan selera kita berkurangan.
Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas
yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit.
Kemudian angkat gelas, Insya Allah nasi tersebut tidak berasa hangit lagi.

Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali.
Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam
ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam
seperti biasa.

Menghilangkan bau peti sejuk
Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan
bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan
arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.

Cara hilangkan getah di pisau
Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas
pisau mendidih. Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan suratkhabar.
Anda akan melihat pisau anda kelihatan kembali bersih. Ulangi lagi jika
masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut. Selamat mencuba.



Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili
padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan
seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau
hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.



Menyedapkan Sambal Sotong
Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di
dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti
tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan
sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur
terlebih dahulu.

Kekalkan kesegaran tomato tanpa menyimpan dalam peti ais
Buah tomato yang baru dibeli, jika tidak digunakan jangan dibasuh tetapi
simpankan dalam bekas yang kering. Bekas tersebut hendaklah tidak ditutup
dan pastikan tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari. Ini untuk
menjamin supaya tomato tersebut tidak mudah layu ataupun kecut.

Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang
Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih.
Kemudian barulah dimasak.

Melembutkan donat
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk.
Untuk mengelakkannya puan-puan bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi
kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah
donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.




Bersihkan Siput Sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas
hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu.
Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat
bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak.
Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga
akan bertambah bila dimasak.



Membuat krim coklat yang berkilat
Tentu ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer,
apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak,
letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat, sebelum
disapukan di atas kek kita.

Elak ikan goreng melekat pada kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak
tersebut sebelum masukkan ikan.



Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram kulit udang dengan air panas, barulah
dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga
mengelakkan dihurung lalat.



Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan beberapa tangkai bunga cengkih dalam balang gula anda dan tutup
rapat.



Memekatkan kuah
Kadang-kadang masakan kita cair. Untuk memekatkannya masukkan ubi kentang ke
dalam masakan tersebut.

Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas
seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah
layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Hilangkan rasa hanyir ikan
Bagi penggemar ikan patin tentu anda mengalami masalah untuk hilangkan bau
hanyir ikan tersebut. Untuk mengatasinya, bersihkan ikan tersebut dengan
menggunakan air cucian beras beberapa kali dan selepas itu barulah
dibersihkan menggunakan air biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk
ikan-ikan yg berbau hanyir. Selamat mencuba.

Hilangkan kesan hitam pada periuk
Apabila kita telah merebus telur mungkin terdapat kesan hitam selepas siap
merebusnya. Ini akan menyebabkan periuk kita tidak cantik. Untuk
menghilangkannya, ambil asam keping sebanyak 2 atau 3 keping dan tambah
sedikit air, kemudian masak di atas api sehingga mendidih dan kesan hitam
itu hilang. Insyaallah periuk anda akan berkilat dan boleh digunakan semula.

Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh  banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi
memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

Menggoreng ikan
Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan
ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping.
Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan sama ada
ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak
menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

Merasa garam dalam masakan
Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak
meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari
anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.

Cili masuk mata
Jika kita menumbuk sambal dan termasuk dalam mata kanan, jirus ibu jari kaki
kiri. Dan kalau terkena mata kiri, jiruskan ibu jari kaki kanan.



Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan
beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara
ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.



Menjernihkan minyak masak
Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk
menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tadi, InsyaAllah minyak
itu akan menjadi jernih semula.

Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging
atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah
daging/ayam tadi akan menjadi lembut.



Ayam Sentiasa Segar  
Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam
plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya
telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan
lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk

Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali.
Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam
ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam
seperti biasa.

Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
 

Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti
yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum
dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat
menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh
 
Ayam goreng lebih sedap
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas
bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada
ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.
Selamat mencuba.

Mengenak dan mewangikan ikan kukus 

Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan
air limau nipis selama satu jam. Racikkan halia dan disumbatkan pada penutup
insang ikan sebelum di kukus.


Hilangkan Lendir Bendi

Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi
seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam
kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak
diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.



Nasi tidak berbau hangit
Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik,
kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah
ini, cuba anda gunakan petua ini. Basuh setangkai cili kering dan masukkan
ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa
minit sebelum nasi dihidangkan. InsyaAllah bau hangit akan hilang. Selamat
mencuba.

Kuali Melekat 

Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas
disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak
menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak
dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk
menumis atau menggoreng.



Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk
mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk
menggoreng.



Daging kambing tidak berbau
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam
dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan
halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah
melembutkan daging. Selamat Mencuba

Mengelakkan pisang cepat busuk
Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian
letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana
yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang
tidak cepat busuk. Selamat Mencuba...

Merangupkan cucur
Tambah majerin dan air kapur bersama tepung beras. Insya Allah cucur anda
akan menjadi rangup dan menyelerakan



Cara Menyimpan Udang
Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini.
Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga
kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam
bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar
meskipun disimpan sehingga 2 hari.

Sudu Berkarat
Ambil sedikit cuka/secubit garam dan air paip. Kemudian campurkan
bahan-bahan tadi berserta sudu dan rendam semalaman. Anda lihatlah hasilnya

Menghilangkan bau cili semasa memasak
Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan
hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau
dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan
tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat
mencuba.

Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara.
Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk
mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat
kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam
jumlah yang banyak.

Melembutkan daging secara tradisi.

Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging
lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan
daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan
bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.

Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan
daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut.
Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.

Melembutkan daging secara moden.

Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo
daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa
lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.

Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat
daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya.
 

Mencuci seterika kotor
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan
sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor
itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang.



Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian,
bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.



Ayam Sentiasa Segar
Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam
plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya
telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan
lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk.  


Periuk bocor
Periuk bocor boleh ditampal dengan menggunakan asam jawa, ambil sedikit asam
jawa kemudian tampal dibahagian yang bocor sebelum digunakan untuk memasak.
Langkah ini hanya untuk menampak lubang kecil sahaja.

Mencantikkan sayur yang telah di celur

Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan
makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila
dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu
minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah dimasukkan
sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan.
 



Hilangkan Bau  Botol Atau Balang
Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah
dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat
menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru
lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.



Memelihara buah daripada lebam
Tentu anda semua perasan apabila buah yang sudah dipotong lambat dimakan,
buah itu akan menjadi lebam. Cara mengatasinya mudah saja. Sapukan garam
halus pada buah yang sudah dipotong ataupun bilas buah yang dipotong dengan
air garam. Mudah sajakan.

Bahan proses, bagaimana menyimpannya?
MAKANAN proses adalah makanan di dalam tin atau makanan yang segera boleh
dimakan. Sekiranya perlu dimasak, ia hanya menggunakan masa yang sedikit
sahaja. Tentu di dapur anda banyak menyimpan bahan makanan proses ini.
Tahukah anda apa cara yang betul untuk menyimpannya?

1. Bahan makanan yang mudah ini sama ada barangan tin atau berbungkus perlu
disimpan di tempat sejuk, kering
dan gelap. Keadaan basah akan menyebabkan tin
berkarat. Suhu yang sesuai untuk menyimpannya
ialah antara 9 hingga 10 darjah selsius.
2. Bilik perlu mempunyai tingkap yang ada skrin bagi
mengelakkan kemasukan serangga. Udara segar
sangat diperlukan. Cermin tingkap yang berwarna gelap juga perlu untuk
mengurangkan cahaya matahari menembusi ke bilik itu. 
3. Rak makanan sebaiknya diperbuat daripada jenis besi yang tidak boleh
berkarat seperti keluli kalis karat atau plastik.
4. Rak tersebut perlu diletakkan 10 sm jauh dari dinding dan di bahagian
bawah rak tersebut hendaklah 23 cm tingginya dari lantai supaya senang
dibersihkan. 
5. Apabila menggunakan tong untuk menyimpan bahan makanan, tong-tong ini
perlu yang beroda supaya senang dialihkan semasa berkemas.
6. Makanan di dalam botol seperti jeruk, jem dan kaya perlu disimpan di
tempat yang sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkan makanan itu.
Makanan ini juga hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sekiranya terdapat
peraturan yang mengkehendakinya selepas botol itu dibuka. 
7. Mentega dan marjerin perlu dibungkus ketat sebelum disimpan di dalam peti
sejuk. 
8. Makanan campuran atau makanan siap sedia terutama sekali yang mempunyai
campuran sos dan telur mayonis perlu disimpan di dalam peti sejuk dan
hendaklah digunakan dengan seberapa cepat. 
9. Makanan yang kering hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih, kering
dan kedap udara. 
10. Makanan sejukbeku perlu disimpan pada suhu 18 darjah celcius. Elakkan
menyimpan balik makanan selepas dinyahbeku. Mungkin tidak merbahaya
sekiranya makanan sejukbeku disimpan lama tetapi ini akan mengubah bentuk,
warna, tekstur dan juga rasanya.



Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan
langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.



Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging
atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah
daging/ayam tadi akan menjadi lembut. 

Cara Mengawet Telur Mentah
Agar telur yang akan disimpan tahan lama, sebelum disimpan terlebih dahulu
dicuci dengan air bersih. Selanjutnya, rendamlah telur tersebut ke dalam air
kapur dan garam selama dua hari dua malam. Setelah itu angkat, lapkan dan
disimpan di tempat dingin.

Tips Memilih & Mengolah Kerang
1. Kerang, adalah haiwan laut mempunyai kulit luar, memiliki kandungan
protein yang tinggi di samping mineral seperti zat besi, seng, kalsium,
yodium dan selenium. 
2. Kerang boleh dimasak dengan atau tanpa kulit. Jenisnya bervariasi, di
antaranya kerang bulu, kerang darah, kerang hijau, kerang kepah yang disebut
juga kerang tahu atau kerang putih, kerang kampak (scallop) dan tiram. 
3.  Pilih kerang yang hidup dan segar. Tandanya, kulitnya tertutup atau
menutup sendiri jika diketuk. 
4.  Kerang dijual segar atau ketika dibuka isinya nampak segar. 
5.  Rendam kerang dengan kulitnya dalam air bergaram dan simpan dalam bekas
tertutup di tempat gelap agar kotoran luruh. Berus kulit kerang di bawah air
mengalir hingga kotoran terbuang. Pegang kerang dengan tangan lalu keluarkan
daging dengan menyelipkan pisau kecil di antara kulitnya.
6.  Kerang lazat dikukus atau direbus. Untuk mendapatkan rasa kerang rebus
yang benar-benar sedap,rebus kerang dalam air mendidih yang sudah dibubuh
garam, serai, daun salam dan lengkuas di atas api sedang hingga masak.
7.  Untuk mendapatkan rasa kerang kukus yang lazat, rendam kerang segar
dalam air yang sudah dibubuh garam, bawang putih selama 15 minit dan kukus
selama 20 minit hingga masak.
8.  Sambal untuk dimakan bersama kerang rebus atau kerang kukus ialah sambal
botol yang khusus untuk makanan seafood (laut). Tapi untuk rasa yang lebih
istimewa, cuba adunkan 2 sudu makan nenas parut, 2 sudu makan sambal botol
perasa manis pedas, 1 sudu makan mentega kacang botol dan 2 sudu teh air
jeruk limau.

Panduan memilih daging
Belilah daging di kedai-kedai rasmi yang telah memiliki surat tanda niaga.
Sebelum diolah, daging direbus terlebih dahulu dalam air mendidih dengan
suhu 100 darjah selsius, minimum 1 jam. Daging harus dipotong kecil-kecil
supaya tingka kematangannya merata, dan panas dapat sampai ke bahagian dalam.
Semakin besar potongannya, semakin lama waktu yang diperlukan untuk merebus.

Lebih baik daging digoreng dalam hirisan nipis, dimasak menjadi gulai atau
rendang kerana waktu pemanasannya lama dan suhu didih minyak dapat mencapai
sekitar 160 darjah selsius. Hindari pengolahan dengan menggunakan pemanasan
dalam waktu singkat (misalnya dibuat sate), apalagi pengolahan daging
setengah masak seperti steak ala barat (untuk pengolahan seperti ini kita
harus yakin bahawa daging benar-benar bebas penyakit).



Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.



Tip Memilih & Memelihara Oven
JIKA ingin membeli oven, pilih yang sesuai dengan keperluan anda sehari-hari.
Berikut, tip memilih dan menjaga oven yang baik.

Tentukan kapasiti oven yang sesuai dengan keperluan. Apakah keluarga anda
sering kali harus memanggang masakan dalam jumlah besar atau sebaliknya?

Pilih oven yang mudah dibersihkan dan mempunyai jendela pada bahagian depan
oven sehingga anda dapat melihat makanan yang sedang dipanggang.

Auto-timer penting bagi anda yang jarang berada di dapur sehingga anda dapat
memanggang tanpa khuatir panggangan anda akan hangus. Selain itu, lebih baik
menggunakan pengatur waktu saat memanggang daripada membuka dan menutup
pintu oven sehingga suhu dalam oven tidak turun.

Sebelum digunakan, panaskan terlebih dahulu oven selama 10 minit hingga
mencapai suhu yang sesuai. Usahakan selalu memeriksa suhu oven, caranya
letakkan pengukur suhu pada bahagian tengah oven dan panaskan oven hingga
suhu 180 darjah selsius. Jika tidak sama bererti oven anda 'bocor' dan perlu
diservis.

Pekatkan Kuah
KADANG kala makanan berkuah yang kita masak agak cair dan tidak pekat
seperti yang kita inginkan. Jadi, untuk memastikan makanan berkenaan menjadi
likat tambahkan sama ada gula, keledek yang telah dilenyek atau sedikit
tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi
cair. Untuk memekatkan kuah bancuh dua sudu besar tepung jagung dan masukkan
ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh
mengurangkan rasa masin masakan.

Elakkan tauhu daripada melekat
Tahukah anda cara mengatasi masalah tauhu yang melekat pada kuali ketika
menggoreng? Caranya ialah taburkan sedikit garam halus di permukaan atas dan
bawah tauhu sebelum menggoreng. Hasilnya tauhu itu tidak akan melekat dan
hancur ketika digoreng.



Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk
mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang
bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka
tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.



Pelbagai Cara Simpan Daun Herba
Kebanyakan orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun
herba seperti daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun
ketumbar). Selain mungkin gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk
kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang diet atau mahu mengurangkan garam
di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam masakan. Bagi
memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri pohon-pohon herba.
Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai cara:-



Petua Mengupas Telur
Agar telur terkupas cantik, ikuti petua ini. Rebus telur dalam jumlah yang
banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam
air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.



Cara Memilih Sayuran
Pilih sayur-sayuran hijau yang segar dan cerah warnanya.
Sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.
Bentuk sayur-sayuran jenis buah-buahan perlu dipilih yang berkeadaan elok
dan tidak kelihatan berkedut pada kulitnya.
Pastikan yang ia tidak lembik.
Sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila
dipatahkan.
Sayur-sayuran jenis akar dan bebawang perlu keras apabila dirasa dan
kelihatan banyak mengandungi air.
Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah mempunyai warna cerah, segar dan
kelihatan banyak mengandungi air.

Cara Menyimpan Sayuran
Sekiranya anda mempunyai peti sejuk, semua jenis sayuran perlu disimpan di
bahagian bawah atau bahagian khas untuk sayuran. Sayuran hijau perlu dibasuh
terlebih dahulu dan disimpan di dalam kotak plastik peti sejuk atau dibalut
dengan kertas agar sentiasa segar.
Sekiranya tidak mempunyai peti sejuk, sayuran boleh juga diletakkan di
tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur. Elakkan menggunakan beg
plastik untuk mengelakkan sayuran itu menjadi layu dan vitaminnya hilang.
Sayuran di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain
sebaik sahaja tin tersebut dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.
Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang
agak gelap dan sejuk. Jika perlu hendaklah disimpan di dalam bakul rotan
untuk mendapatkan udara.

Cara Memilih Daging
Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam)
Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk,
sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya
terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti
sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh
membeli.
Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya,
perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara. Daging
akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan
meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat "ketakutan"
ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan
cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat.
Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan
perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini
disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya
dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang
baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.
 
Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama
Setiap kali membeli sayur-sayuran, cucikan dgn air terlebih dahulu sehingga
bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan suratkhabar. Simpankan dalam
peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah sayur-sayuran tersebut akan tahan
sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.



Memilih Udang Segar
Udang tentu enak jika dimasak pedas atau digoreng begitu sahaja. Untuk
memilih udang yang segar atau tidak, pastikan ketika membeli kulit udang
melekat dengan isinya sekali. Jika untuk menyimpan udang yang selebihnya,
bersihkan terlebih dahulu dan susun ia di dalam bekas plastik selapis demi
selapis dengan setiap lapisan dibubuh plastik. Pastikan juga selepas itu
masukkan air kira-kira paras udang dan tutup bekas plastik sebelum disimpan
di bahagian dingin beku.



Melembutkan Daging
Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih
belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah
betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan
lembut dan masakan akan bertambah sedap.
Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya
sudu tembikar) ke dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus
hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya.
Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan
satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga
daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.



Elak kek Jadi Kecut dan Mendap
Hati pasti hampa apabila melihat kek yang kita masak menjadi kecut dan
mendap setelah diangkat. Malah lebih menyakitkan bila ianya susah untuk
dihias dengan aising untuk menjadikannya lebih menarik. Petua agar ia nampak
menarik ialah, apabila kek sudah masak jangan biarkan ia terus di dalam
bekas. Sebaliknya terus diangkat dan letakkan ia di dalam redai untuk
menyejukkan ia. Nescaya kek yang dimasak akan nampak cantik dan tidak
melengkung di dalam.

Wajik Cantik dan Berkilat
Kuih wajik menjadi salah satu menu istimewa ketika musim perayaan atau
majlis kenduri. Untuk menghidangkan wajik menjadi cantik dan nampak berkilat
ada caranya yang tersendiri. Ketika mula memasaknya, masukkan agar-agar dan
gula dan kemudian biarkan ia beku. Tetapi ketika mengacau wajik, campurkan
agar-agar tadi ke dalamnya. Setelah ia sejuk, wajik anda akan kelihatan
cantik dan lebih berkilat. Sudah pasti setiap tetamu yang datang berkunjung
ke rumah akan tertarik untuk menjamahnya.

Susu Ganti Santan Dalam Masakan Kari
Lain orang lain caranya dalam menghidangkan makanan berkari. Untuk
menyedapkan masakan kari yang dimasak, bancuh kari terlebih dahulu dan
biarkan ia semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimasak keesokan harinya.
Kalau orang di bahagian utara cara memasak kari agak berlainan sedikit.
Kebanyakannya tidak meletakkan santan untuk melemakkan ia sebaliknya
menggantikan dengan santan rendah lemak, sedikit gula dan air asam. Masakan
kari anda akan lebih lazat dan berkhasiat sesuai dihidangkan seisi keluarga.

Memasak Menggunakan Putih Telur
Beberapa jenis kuih kadang-kadang hanya memerlukan putih telur sebagai
sebahagian daripada bahannya.
Gunakan telur yang telah disimpan beberapa hari. Telur yang segar boleh
menyebabkan putih telur 'tidak naik' sewaktu anda memukulnya.
Pastikan pemukul telur dan mangkuk benar-benar bersih. Jangan ada
kesan-kesan seperti pepasir kerana ia boleh memberikan hasil kurang
memuaskan.
Bagi mengambil bahagian putih telur, pecahkan setiap biji telur di dalam
bekas berasingan. Kemudian asingkan putih telur berhati-hati. Ingat,
bahagian kuning telur biarkan pun sedikit boleh memberi kesan sewaktu anda
memukul putih telur nanti.
Selepas memukul bahagian putih telur dan mencampurkannya dengan gula, jangan
biarkannya lama. Sebaiknya, putih telur tersebut dicampurkan terus dengan
bahan lain untuk membuat kuih.



Memilih ikan yang baik
Terdapat beberapa petua bagaimana mahu memilih ikan yang baik dan segar:
Pastikan mata ikan terang dan warna hitam pada bola matanya tidak bercampur 
sisik ikan tidak banyak gugur. 
Tidak terdapat luka pada ikan berkenaan 
Warna insangnya masih dilapisi lendir asli 
Badannya tidak berbau 



Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan
keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun
marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama
1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam
adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan
rangup dan enak.

Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca
serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air
bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus
bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.

Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara
pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya
kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau
meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang.
Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak
kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan
memudahkan anda mengopeknya.

Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya.
Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk
tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti
hasilnya amat memuaskan.

Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar,
eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru.
Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika
air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah
itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur
lagi.

Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun
limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula
tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.


PETUA 3
Petua Kekalkan Kelangsingan Badan
Petua ini buat mereka yang ingin mengekalkan
kelangsingan badan. Selain daripada memakan makanan yang seimbang dan
banyakkan memakan buah-buahan, anda boleh amalkan petua berikut:

Makanlah dengan teratur mengikut masanya, jangan makan makanan lain di
antara senggang antara waktu-waktu makan berkenaan, makanlah hanya apabila
anda berasa lapar dan berhenti sebelum anda berasa kenyang. Dengarnya mudah
tapi sukar untuk diamalkan.

Petua 'Menghalau' Asap Rokok
Terdapat beberapa cara 'menghalau' asap-asap tersebut. Antaranya
Nyalakan beberapa batang lilin.
Letakkan mangkuk berisi cuka di empat penjuru sudut ruang berkenaan.
Kipaskan dengan tuala basah pada asap berkumpul sehingga asap-asap itu
hilang.

Petua naikkan seri wajah
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk
kembali menaikkan seri wajah, amalkan
petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus).
Kemudian ambil sebuku kunyit hidup,kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau
parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk
dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih
setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara
perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering
sendiri.Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil
menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua Hindarkan Kulit Berkedut
Untuk mengelakkan kulit bahagian perut berkedut, terutamanya selepas
bersalin, ikuti cara di bawah:
Ambil satu sudu kecil air limau nipis Ambil 20 titik minyak kayu putih Ambil
satu sudu kecil air kapur sirih
Gaulkan kesemuanya dan sapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.Lakukan
selama dua minggu berturut-turut. Insya Allah berhasil.

Pening Kepala
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air.Sapu tempat yg
sakit dgn minyak bawang putih.


Lemah Otot
Ambil 3 ulas bawang putih dan hancurkan.Kemudian minum bersama susu unta
setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yg lemah.

Demam Selsema
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali
sekali.Dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap
bawang putih.
 
Susah Hadam
Rebus bawang merah bersama kulitnya.Kemudian
kupas bawang itu.Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dlm madu
asli dan dijadikan krim sapuan roti.Amalkan selalu.



Serangan Angin
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus
setengah cawan.Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dlm bancuhan
itu.Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Menghilangkan karat di pakaian
Perahkan air limau nipis ke dlm bekas berisi 1 sudu kecil garam
halus.Kacau hingga sebati dan sapukan kat pakaian yg terkena karat
tu.Biarkan beberapa minit sebelum dibubuh sabun dan diberus seperti biasa.

Hampas Teh Suburkan Tanaman
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dlm pasu dan siramkan
tanaman itu seperti biasa.Dlm beberapa hari,tanaman anda akan menjadi subur
dan hijau.

Mengatasi Sengal Tulang
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya.Sapukan getah itu kat
sendi2 tulang,di bahagian tubuh anda yg mengalami sengal.Terutama pada
sebelah pagi.

Daun Puding Atasi Gatal
Bersihkan segenggam daun puding lalu dikisar lumat.Lumurkan ke seluruh kulit
kepala.Bungkus kepala dgn tuala bersih selama 1 jam.Akhir sekali bilas
rambut dgn air bersih.Lakukan 2 kali seminggu.

Legakan Sakit Gigi

Celupkan seputik kapas ke dlm esen pisang tekankan atau sapukan kat gigi yg
sakit.


Segarkan Mata
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yg bersih,dan sapukan
airnya secra nipis di sekeliling hidung bayi.Awas!!!Jangan biarkan air itu
meleleh ke dlm hidung.

Kulit Limau Hilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya.Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya.Amalkan selalu.



Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat 7 biji badam dan campurkan ke dlm segelas susu
panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.



Makluman : Semua koleksi adalah hasil carian di internet untuk di kongsi semata-mata untuk kepentingan bersama.


 


Related Article:

0 ulasan:

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Kheair 2010 explorasi ilmu.