Halaman

Sabtu, 25 Disember 2010

Home » Ustaz Zahazan : Renungan Sebelum Kau Kembali Kepangkuannya

Ustaz Zahazan : Renungan Sebelum Kau Kembali Kepangkuannya


Dalam hadis yg sahih riwayat al-Bukhari Nabi saw bersabda, maksudnya yang mengikuti simati ke perkuburannya ada tiga perkara, iaitu keluarga, harta dan amalannya.Lalu keluarga & harta akan pulang meninggalkannya, cuma yg akan bersama dengannya adalah amalannya
( Riwayat al-Bukhari no 6514 dan Muslim no 7613 )

al-Imam Ibnul Jawzi mengemukakan banyak kisah tentang alam perkuburan menerusi kitabnya, Bustanul Wa'izin, antaranya :

Diriwayatkan dari Bakr bin Hammad rahimahullah bahawa suatu ketika beliau keluar ke kubur dan memandang kubur yang terbentang lalu terfikirlah olehnya golongan yg dikasihi, saudara-saudara, sahabat-sahabat dan jiran-jiran. Kemudian beliau menangis sehingga berpanjangan tangisannya dan air matanya membasahi janggutnya, kemudian dia berkata:
Kami menziarahi rumah-rumah kaum yang tidak dapat menziarahi kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian dari apa yang kami hadapi.
Sekiranya mereka bercakap nescaya mereka mengatakan celaka kamu bersungguh-sungguhlah,
bersungguh-sungguhlah untuk kepergian seperti mereka yg  telah menduduki tempat bermukim.
Maut meliputi dunia dan kemuliaannya, sedangkan perbuatan kami perbuatan kaum yang tidak ingin mati.
Maka banyaklah menangis maka tangisan berhak bagimu, kerana para pemikul arasy al-Rahman, mereka ypun turut menangis.
Wahai hamba Allah bersungguh-sungguhlah dalam amalan maka sesungguhnya kubur berada di hadapan kamu. Maut menuntut kamu meninggalkan apa yang kamu telah kumpulkan, meruntuhkan apa yang kamu bina. Dengan memutuskan nafas-nafas serta memindahkan kami kepada kesempitan lahad dan kubur.
Maka sesiapa yang membawa amal soleh ke kubur dia mendapatinya dari taman-taman syurga, dan sesiap yang tidak membawa amal soleh kepadanya dia mendapati lubang dari lubang-lubang neraka.[1] Buatlah persiapan baginya wahai sahabat-sahabat dan sudara-saudara.
Diriwayatkan dari Muhamad bin As-Simak rahimahullah bahawa beliau berkata: aku melalui kubur-kubur lalu aku mendapati tertulis atas sebuah kubur:
Kaum kerabatku berlalu di tepi kuburku, seakan-akan kaum kerabatku tidak mengenali aku.
Dan ahli waris membahagi-bahagikan hartaku, dan mereka tidak lalai jika mereka mengingkari dewanku.
Dan mereka telah mengambil bahagiannya lalu pergi, maka demi Allah alangkah cepatnya mereka melupakan aku.
Wahai hamba Allah, sedarlah dari kemabukkan kamu dari negeri kepalsuan dan ketaatan kepada syaitan yang membinasakan, serta beramallah untuk kesempitan lahad dan kubur.


[1] Perkataan ini tidak sah disandarkan kepada Nabi s.a.w. akan tetapi makna ini dipopularkan oleh salaf salih dalam khabar-khabar yang dinukilankan dari mereka dan sah dijadikan dalil bahawa ia merupakan perkataan mereka bukan dari perkataan Nabi s.a.w.

sumber  http://www.zahazan.net


Related Article:

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

How to make money by betting on horses - Work
The best way 메리트카지노 to make money from horse racing is 바카라 사이트 by choosing a horse race winner to win. Don't worry if you're looking for the งานออนไลน์ best possible return in

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Kheair 2010 explorasi ilmu.